Segala hak cipta adalah terpelihara. Powered by Blogger.

16 March 2011

Brape Banyak Nama Daa..

Salam n pagi semer

OK, pagi nie nak merapu pasal nama jap. rasanya ramai org kat luar sana tu punyai banyak nick name kan. tambah2 lagi kalu nama panjang. cam aku, nama agak panjang la jugak. disebabkan nie, maka ada pelbagai nama yang orang panggil aku. biasanya dia orang panggil aku ikut kesenang nak panggil.

Sekarang nie kat opis aku, terdapat dua nama yang selalu staff2 sini guna. satunya wan n satu lagi cik wan. untuk panggilan cik wan nie, x ada la masalah tapi bila dipanggil wan, masalah akan timbul. sebabnya kat opis aku nie jugak ada sorang lagi dipanggil dengan nama yang sama.Bila kami dua2 ada kat opis nie, maka bila nama wan dipanggil, dua2 akan bg respon. masalah tol!! kalu dah selalu kene tu, kita org nie kene la comfirm dulu wan mana yang dipanggil benarnya. 

Balik pada tajuk semula, seingat aku antara nama yang orang panggil untuk aku nie seperti, Yie, Mat Yie, Safari, Ary, Wan Safari n yang terbaru Mat. (panggilan dari CM. ngeh..ngeh..ngeh). yang nie tak termasuk id palsu aku dalam pelbagai website nun. dulu la, sekarang dah x main dah. aku benarnya tak kisah pun orang nak panggil per yang penting ianya nama yang elok. yang aku pantang bila diri kita nie dipanggil dengan nama natang ngan bengong. yang nie biasa kawan2 sebaya terutama dari pantai timur la. 

Btw, aku memang bangga dengan nama aku nie. nama aku nie mak aku yang bagi. C.W.Mohamad Safari. meriah jer nama aku nie. dalam kamus pun ada.hahahaha. sebabkan aku nie jenis dari keluarga yang ada panggilan kat depan (tatau nk letak ayat per), kekadang tu orang tak tau per maksud C.W. bagi yang tatau per C.W. tu, maksud dia Che Wan. setahu aku, keturunan C.W. nie banyak terdapat di Kemaman Terengganu. nie dulu la n aku rasa sekarang nie dah banyak tempat ada kot.

Asal darimana C.W. aku tak berapa pasti tapi dulu ada gak la terbaca kat mezium Losong. tapi aku lupa dah. menda berpuluh tahun mana aku nak ingat. so kalu ada sesaper yang tau pasal keturunan C.W. bagitau la ex. kot2 ada yang baru balik dari mezium. nak google aku malas la plak.hahaha

P/s : Korang plak cam mana? berapa banyak nick name yer...

0 tapok kaki:


ShoutMix chat widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP