Segala hak cipta adalah terpelihara. Powered by Blogger.

21 March 2011

You Are So Something!!!

Salam n pagi semer.

Semalam time layan FB terpasan klip nie. memang sumting la dia nie. bukan perwatakan dia tapi suara dia memang masyuk giler!! (bagi aku la)

Banyak kali gak aku dengar n siap download lagi klip nie..

awal2 tu cam muzik lagu CT jer dengar


Btw, tadi terbaca pasal nie. aku tatau ak komen per2 tapi terpulang la pada pandang memasing. kalu menda nie salah, per kata pihak Jabatan Agama kita?


Ahmad Jusof: Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi
 
 
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama
 
suber dari SINI

Read more...

16 March 2011

Brape Banyak Nama Daa..

Salam n pagi semer

OK, pagi nie nak merapu pasal nama jap. rasanya ramai org kat luar sana tu punyai banyak nick name kan. tambah2 lagi kalu nama panjang. cam aku, nama agak panjang la jugak. disebabkan nie, maka ada pelbagai nama yang orang panggil aku. biasanya dia orang panggil aku ikut kesenang nak panggil.

Sekarang nie kat opis aku, terdapat dua nama yang selalu staff2 sini guna. satunya wan n satu lagi cik wan. untuk panggilan cik wan nie, x ada la masalah tapi bila dipanggil wan, masalah akan timbul. sebabnya kat opis aku nie jugak ada sorang lagi dipanggil dengan nama yang sama.Bila kami dua2 ada kat opis nie, maka bila nama wan dipanggil, dua2 akan bg respon. masalah tol!! kalu dah selalu kene tu, kita org nie kene la comfirm dulu wan mana yang dipanggil benarnya. 

Balik pada tajuk semula, seingat aku antara nama yang orang panggil untuk aku nie seperti, Yie, Mat Yie, Safari, Ary, Wan Safari n yang terbaru Mat. (panggilan dari CM. ngeh..ngeh..ngeh). yang nie tak termasuk id palsu aku dalam pelbagai website nun. dulu la, sekarang dah x main dah. aku benarnya tak kisah pun orang nak panggil per yang penting ianya nama yang elok. yang aku pantang bila diri kita nie dipanggil dengan nama natang ngan bengong. yang nie biasa kawan2 sebaya terutama dari pantai timur la. 

Btw, aku memang bangga dengan nama aku nie. nama aku nie mak aku yang bagi. C.W.Mohamad Safari. meriah jer nama aku nie. dalam kamus pun ada.hahahaha. sebabkan aku nie jenis dari keluarga yang ada panggilan kat depan (tatau nk letak ayat per), kekadang tu orang tak tau per maksud C.W. bagi yang tatau per C.W. tu, maksud dia Che Wan. setahu aku, keturunan C.W. nie banyak terdapat di Kemaman Terengganu. nie dulu la n aku rasa sekarang nie dah banyak tempat ada kot.

Asal darimana C.W. aku tak berapa pasti tapi dulu ada gak la terbaca kat mezium Losong. tapi aku lupa dah. menda berpuluh tahun mana aku nak ingat. so kalu ada sesaper yang tau pasal keturunan C.W. bagitau la ex. kot2 ada yang baru balik dari mezium. nak google aku malas la plak.hahaha

P/s : Korang plak cam mana? berapa banyak nick name yer...

Read more...

15 March 2011

Mesti Baca - Pendingin Kereta (Air Cond)

Salam n selamat petang semua.

Petang2 cam nie apa kata kita share apa yang mayb betul n patut kita ikuti. Apa yang aku nak share nie diperolehi melalui e-mail pejabat aku. mayb ada yang penah membaca tapi x salah kalu baca sekali lagi kan. percaya atau tidak, terpulang pada pendapat memasing.


Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!

Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Ini sebabnya:

Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).

Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.

Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.

Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.

Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
 
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.

Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.

Fikirkan:

Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Well, takat itu sahaja maklumat yang teman nak sampaikan berkenaan isu ini. Cuma teman nak tambah sedikit, elok jika kita elakkan menggunakan pewangi kereta, apatah lagi dalam keadaan tertutup dengan air-condition. Seorang rakan pernah memberitahu teman bagaimana dia selalu kena migrain, dan bila dia hentikan penggunaan pewangi kereta itu, pendedahan dia kepada migrain jauh berkurangan. Kalau nak wangikan kereta pun, pakai aje cara kampung - ambik daun pandan, pintal-pintalkan dan campak kat alas kaki. Sure bau kereta hilang, dan kita dapat pewangi asli lagi mesra-bio. kalau tak caya, cube try yop!!

Wallahua'lam & wassalam.
 
p/s: n3 nie full copy paste dari apa yang aku baca, just aku delete yang bahasa inggeris ngn cina jer.

Read more...

M.U.B. dari CM

MUB a.k.a Malas Update Blog. 
Istilah yang aku cekedot dari blog Cik Mot. sebenarnya penyakit nie memang dah lama ada dalam diri aku n melibat kan kemalasan dalam segala benda yang aku lalui hari2. aku tak tau la cam mana nak atasi masalah nie sebab sememangnya aku malas nak cari jalan untuk atasi. sedikit bebelit aku rasa ayat nie.
Aku kadang2 tertanya gak la cam mana semua blogger yang ada nie punyai banyak idea untuk buat n3. atau pun kebanyakanya ada jiwa (jiwa ker??) menulis kot. kekadang tu ada je idea nak aku menulis tapi kan isea tu selalu datang time aku x duduk depan lapy. bila jer aku mengadap lapy nie, terus jer idea2 aku tadi lari tah ke mana. pelik jer aku rasa. hahaha

Kekadang tu aku just menulis sekerap jer n3 n akhirnya jadi draf cam tu jer. bila dah lelama tu, delete jer la sebab dah malas nak update n3 tu. cam sekarang nie, untuk siapkan n3 nie bukan main aku dok fikir2, per yang aku nak tulis. rasa cam malas jer upkan n3 tapi kan lelama tak terupdate plak blog aku nie.  (update pun x sapa nak baca gak!!) 

Pepun selamat bekerja semer... salam

Read more...

09 March 2011

Kepada Pengguna Streamyx Sekalian (wireless)

Salam semer.
Aku rasa sekarang nie ramai yang pakai strmyx kan. nak nak lagi bila ada promosi dapat lapy kan.
2 hari lepas aku ada la tlg kawan aku tengok2 kan lappy dia yang x leh buka tenet sebab yang tak diketahui kenapa. so kebetulan plak umah dia tu guna strmyx n memang skali ngan wireless la kan. bila aku tya password dia, rupanya password yang sama ngn staf opis yang lain.

So aku terfikir la kan, maknya semer password asal yang dibekalkan oleh TM adalah sama (tatau la plak kalu lain tempat lain password) kalu tak tukar kan. agak2 la kan, korang yang guna strymx nie, password wireless dia axxxxxxxxxxx3 gak ker?

Kalu la betol sama, nampaknya mesti ada yang menumpang guna nanti nie. lagipun password nie bukan payah mana pun.hahaha.

Read more...

08 March 2011

Tahniah Menang Cabutan Bertuah Celcom RM XXXX

Salam n pagi semer. tajuk aku pagi nie cam gempak jer. kalu la betol kan, mesti best nie. hahaha. angan2 jer la wei.




Kisah nie semalam berlaku. terjadi pada staf kat tempat aku kerja nie. dari apa yang diceritakan oleh empunya badan, isteri dia terima panggilan dari private no n cakap dia dari Celcom. lepas tu kan, dia nie cakap la kad sim isteri staf nie menang cabutan bertuah sebanyak RM 2000 jer!

Di pendekkan citer, orang celcom tu cakap kalu nak duit nie, dia nak akaun bank yang akan dimasukkan duit tu ada sebanyak RM 1000 untuk elak transaksi x jadi. dia cakap kalu duit sikit bank negara x bagi. x pelik ker dengar cam tu??
So isteri staf yang teruja nie terus bagi tau ke hubby dia a.k.a staf tempat aku keje nie. pastu terus jer staf nie tranfer duit dia RM 1000 ke akaun wife dia. 

Then, orang tu tanya duit tu dah masuk ke belum pada wife staf nie sebab dia nak ajar cam ner nak buat sesuatu kat atm BSN tu untuk dapatkan duit yang menang nie.


So bila g chek kat atm, duit 1k tu lum ada. bila ditanya pada hubby dia, hubby dia cakap dah tranfer. sebab duit tu tak ada dalam akaun, terus jer hubby dia call aku  (hero dah datang!!). bila dia tya aku, aku yang penyibuk nie tya la napa kan. staf nie cerita la. dah dengar tu aku tekejut la kan. aku cakap la mayb dia dah kene tipu. aku mintak dia tel balik ke Celcom unuk comfirm.

Dah tel Celcom tu, tau la dia yang sememangnya dia dah kene tipu!! sedih kan kalu kene tipu. melayang duit. banyak tu!!

Tapi kan, (x abis lagi citer nie) yang nasib baik nya, duit yang di tranfer tu lum masuk lagi dalam akaun BSN tu sebabnya si hubby tu tranfer guna CIMBClicks so memang tansaksi tu ambik masa 1 hari. sekarang nie, duit tu masih lagi selamat sebab isteri staf nie x buat apa2 lagi transaksi kat ATM BSN tu. cam ner nak buat kalu duit dalam tu x ada kan. banyang kan lah kalu dia tranfer masuk akaun terus. mau nya lesap duit tu kan. sebabkan hal nie, kecoh gak la opis nie semalam. 

Moral citer nie, jangan la cepat sangat percaya kalu memang2 duit nie. kompem dulu sama ada menda nie menang ker bukan.

Read more...

07 March 2011

Letih Nak Kejar MASA Nie

Banyak jer menda aku nak citer tapi apakan daya, keje aku banyak la plak sekarang nie.. nanti la aku menulis kalu ada kesempatan. hahaha

Read more...

01 March 2011

Ketahui Hak Anda Dalam Saman Ekor

Ini aku copy paste jer dari FB. aku  nak m'iyakan pun tak, x m'iyakan pun x jugak sebab aku pun tatau. blh cam nie? hahaha. so saper2 yang ada pengetahuan dalam hal nie, bagi2 la pendapat ok..


Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud
BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

APA KATA KORANG PLAK?

Read more...

Semer Orang suka Tengok Kemalangan Kan??

Benarnya aku cam pelik gak ngan manusia nie. tapi kan, aku tak pasti la kot2 tabiat nie orang malaysia jer suka kot. 

Ari tu aku ada la post pasal xcident kat Machang kan. lepas tu jer, hari2 aku pasan orang dok tengok. kira jadi top N3 la kat blog aku nie. biasa nya kalu tgk klip kemalangan nie, apa yang korang nak tengok ex? kalu yang takut darah tu, memang x kan tengok kan. mau nya mimpi2 nanti.


 tgk!! majoriti xcident...



Lagi satu, biasa bila ada xcident tu, mesti jalan jadi jem kan. kalu jalan tu x leh nak lalu, sure a jem tapi cam ner kalu kemalangan tu tak teruk mana pun tapi napa jem jugak ex. 

Sepanjang aku idup nie, ada la jugak aku tengok kemalangan live. yang paling aku x leh lupa time aku dok keje kat Sunway Pyramid dulu. time tu aku keje petang so balik pun memang dah malam la. kebetulan plak time tu aku dok umah akak aku kat Sungai Buloh. biasa aku lalu ikut Batu Arang (bt arang ker ex? tapi arang tu betol la) nak balik sg. buloh tu.

So otw balik tu, sebelum sampai kat UITM per tah, ada kemalangan 2 biji kereta. yang menyanyat hati tu, dalam kereta tu 2 beranak tersempit n pada masa tu gak,  kereta tu tengah terbakar. memang ada yang nak bantu tapi api makin kuat. aku mmg dah ketar2 time tu. aku boleh dengar jeritan mangsa tapi aku mmg x mampu nak buat per. Akhirnya korang  pun tau la kesudahanya kan. aku stay situ sampai la bomba datang n aku tengok la apa yang terjadi pada manyat dalam kereta tu.

Dah naik meremang la plak bila aku teringat nie. aduh. mintak2 la jauh dari keluarga aku.


Read more...

Kejadian Yang Gempak Petang Ahad

Kejadian nie berlaku pada petang ahad bebaru nie. Time nie aku ngan kawan aku saja jer dok ambik angin petang. kebetulan plak tu, kami pergi la kat tempat itik ternakan kami. macam banyak jer itik yang diternak padahal non adooo.

Kebetulan plak kawan aku nie nak la baiki pagar itik tu. biasa la kalu pagar buat ngan batang ubi. kejap sangat rebah kat tanah kan. dengan tetiba, dia menjerit sekuat-kuatnya. aku pun akibat terkejut dengan jeritan dia, terus jer terjerit sama. gabungan suara kami memang nyaring la. aku rasa kalu Ning Baizura dengar, maunya dia menagis sebab terpana dengan kemerduan suara kami nie. hahahaha
 



Tu dia. maunya tak terkejut. ular tu. aku tatau la per nama ular nie tapi memang besor la pada mata aku nie. panjang pun boleh tahan. pic nie aku ambik dengan camera tel cikai aku jer. berani tak aku? mesti korang kagum kan dengan aku. hahahaha. x leh blah tol statment.

Bila aku ambik pic nie, tetiba plak ular nie malu. mula la nak lari kan. aku ambik lagi pic dia..
 



Well, sebabkan tak nak ular nie melarikan diri aku dengan amat berani terus jer tangkap ular nie. kan tak pasal2 patuk kat orang lain. kan icu pulak orang. aku rasa time nie kan dah macam citer animal planet plak. kalu korang, korang berani ker nak tangkap ular nie? mesti tak kan.hehehe
 



Tengok dia punya panjang tu. lagi tinggi dari aku yang sememangya tinggi nie. pic aku tu tolong abaikan yer. macam cacat jer.hahahaha. ok la, nie jer citer aku. btw, ular nie benarnya dah mati. bukan aku or kawan aku yang bunuh tau tapi ular nie mati akibat kelemasan dalam longkang tu sebab tersangkut kat jaring. kalu idup lagi, aku pun takut wei. nak pegang tu pun aku geli. tu saja2 jer wat berani. hahaha

Read more...

ShoutMix chat widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP