Segala hak cipta adalah terpelihara. Powered by Blogger.

18 May 2011

Jate Boyo!! (Lelaki Buaya)

Takder per nak update plak. punya la malas skrang. 
jom layan lagu jer dulu..

Ada apa2 nak komen tak? hahaha



Read more...

28 April 2011

Jom Kenal Daun Tembakau Yg Korang Selalu Isap

 Salam semua. bapakk arr lama aku x update blog. memang kemalasan melanda bagaikan thunami la.
So hari nie kerajinan aku nak update blog tu datang balik. tatau la sampai bila agaknya kali nie. hahaha

K, hari nie aku nak buat post tantang tembakau. sebabkan aku kerja kat sini, meh kita tgk gambar2 time aku menyelia jual beli tembakau nie. btw, nie merupakan kali ke 3 aku menyelia jual beli nie sejak aku bekerja kat sini hampir setahun.


nie pic2 sebelm rtvt jual beli berlaku








keadaan daun tembakau yang selalu mereka2 yang hisap





proses jual beli


time untuk menimbang








Aku pun cam malas nak citer detail. cukup la tgk2 gambar kat atas tu. biasanya untuk sekali jual tembakau nie, petani akan perolehi hasil sebanyak RM 10k keatas la. kalu banyak daun, banyak la duitnya kan. satu bungkus tembaukau kering tu, anggaran berat dia dalam  +70 kg. satu kilo plak ada la dalam RM 13 hingga RM 15 gak la. agak lumayan kan. so per kata pakai tanam tembakau lak. hahaha

Read more...

21 March 2011

You Are So Something!!!

Salam n pagi semer.

Semalam time layan FB terpasan klip nie. memang sumting la dia nie. bukan perwatakan dia tapi suara dia memang masyuk giler!! (bagi aku la)

Banyak kali gak aku dengar n siap download lagi klip nie..

awal2 tu cam muzik lagu CT jer dengar


Btw, tadi terbaca pasal nie. aku tatau ak komen per2 tapi terpulang la pada pandang memasing. kalu menda nie salah, per kata pihak Jabatan Agama kita?


Ahmad Jusof: Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi
 
 
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama
 
suber dari SINI

Read more...

16 March 2011

Brape Banyak Nama Daa..

Salam n pagi semer

OK, pagi nie nak merapu pasal nama jap. rasanya ramai org kat luar sana tu punyai banyak nick name kan. tambah2 lagi kalu nama panjang. cam aku, nama agak panjang la jugak. disebabkan nie, maka ada pelbagai nama yang orang panggil aku. biasanya dia orang panggil aku ikut kesenang nak panggil.

Sekarang nie kat opis aku, terdapat dua nama yang selalu staff2 sini guna. satunya wan n satu lagi cik wan. untuk panggilan cik wan nie, x ada la masalah tapi bila dipanggil wan, masalah akan timbul. sebabnya kat opis aku nie jugak ada sorang lagi dipanggil dengan nama yang sama.Bila kami dua2 ada kat opis nie, maka bila nama wan dipanggil, dua2 akan bg respon. masalah tol!! kalu dah selalu kene tu, kita org nie kene la comfirm dulu wan mana yang dipanggil benarnya. 

Balik pada tajuk semula, seingat aku antara nama yang orang panggil untuk aku nie seperti, Yie, Mat Yie, Safari, Ary, Wan Safari n yang terbaru Mat. (panggilan dari CM. ngeh..ngeh..ngeh). yang nie tak termasuk id palsu aku dalam pelbagai website nun. dulu la, sekarang dah x main dah. aku benarnya tak kisah pun orang nak panggil per yang penting ianya nama yang elok. yang aku pantang bila diri kita nie dipanggil dengan nama natang ngan bengong. yang nie biasa kawan2 sebaya terutama dari pantai timur la. 

Btw, aku memang bangga dengan nama aku nie. nama aku nie mak aku yang bagi. C.W.Mohamad Safari. meriah jer nama aku nie. dalam kamus pun ada.hahahaha. sebabkan aku nie jenis dari keluarga yang ada panggilan kat depan (tatau nk letak ayat per), kekadang tu orang tak tau per maksud C.W. bagi yang tatau per C.W. tu, maksud dia Che Wan. setahu aku, keturunan C.W. nie banyak terdapat di Kemaman Terengganu. nie dulu la n aku rasa sekarang nie dah banyak tempat ada kot.

Asal darimana C.W. aku tak berapa pasti tapi dulu ada gak la terbaca kat mezium Losong. tapi aku lupa dah. menda berpuluh tahun mana aku nak ingat. so kalu ada sesaper yang tau pasal keturunan C.W. bagitau la ex. kot2 ada yang baru balik dari mezium. nak google aku malas la plak.hahaha

P/s : Korang plak cam mana? berapa banyak nick name yer...

Read more...

ShoutMix chat widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP