Segala hak cipta adalah terpelihara. Powered by Blogger.

21 March 2011

You Are So Something!!!

Salam n pagi semer.

Semalam time layan FB terpasan klip nie. memang sumting la dia nie. bukan perwatakan dia tapi suara dia memang masyuk giler!! (bagi aku la)

Banyak kali gak aku dengar n siap download lagi klip nie..

awal2 tu cam muzik lagu CT jer dengar


Btw, tadi terbaca pasal nie. aku tatau ak komen per2 tapi terpulang la pada pandang memasing. kalu menda nie salah, per kata pihak Jabatan Agama kita?


Ahmad Jusof: Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi
 
 
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama
 
suber dari SINI

Read more...

16 March 2011

Brape Banyak Nama Daa..

Salam n pagi semer

OK, pagi nie nak merapu pasal nama jap. rasanya ramai org kat luar sana tu punyai banyak nick name kan. tambah2 lagi kalu nama panjang. cam aku, nama agak panjang la jugak. disebabkan nie, maka ada pelbagai nama yang orang panggil aku. biasanya dia orang panggil aku ikut kesenang nak panggil.

Sekarang nie kat opis aku, terdapat dua nama yang selalu staff2 sini guna. satunya wan n satu lagi cik wan. untuk panggilan cik wan nie, x ada la masalah tapi bila dipanggil wan, masalah akan timbul. sebabnya kat opis aku nie jugak ada sorang lagi dipanggil dengan nama yang sama.Bila kami dua2 ada kat opis nie, maka bila nama wan dipanggil, dua2 akan bg respon. masalah tol!! kalu dah selalu kene tu, kita org nie kene la comfirm dulu wan mana yang dipanggil benarnya. 

Balik pada tajuk semula, seingat aku antara nama yang orang panggil untuk aku nie seperti, Yie, Mat Yie, Safari, Ary, Wan Safari n yang terbaru Mat. (panggilan dari CM. ngeh..ngeh..ngeh). yang nie tak termasuk id palsu aku dalam pelbagai website nun. dulu la, sekarang dah x main dah. aku benarnya tak kisah pun orang nak panggil per yang penting ianya nama yang elok. yang aku pantang bila diri kita nie dipanggil dengan nama natang ngan bengong. yang nie biasa kawan2 sebaya terutama dari pantai timur la. 

Btw, aku memang bangga dengan nama aku nie. nama aku nie mak aku yang bagi. C.W.Mohamad Safari. meriah jer nama aku nie. dalam kamus pun ada.hahahaha. sebabkan aku nie jenis dari keluarga yang ada panggilan kat depan (tatau nk letak ayat per), kekadang tu orang tak tau per maksud C.W. bagi yang tatau per C.W. tu, maksud dia Che Wan. setahu aku, keturunan C.W. nie banyak terdapat di Kemaman Terengganu. nie dulu la n aku rasa sekarang nie dah banyak tempat ada kot.

Asal darimana C.W. aku tak berapa pasti tapi dulu ada gak la terbaca kat mezium Losong. tapi aku lupa dah. menda berpuluh tahun mana aku nak ingat. so kalu ada sesaper yang tau pasal keturunan C.W. bagitau la ex. kot2 ada yang baru balik dari mezium. nak google aku malas la plak.hahaha

P/s : Korang plak cam mana? berapa banyak nick name yer...

Read more...

15 March 2011

Mesti Baca - Pendingin Kereta (Air Cond)

Salam n selamat petang semua.

Petang2 cam nie apa kata kita share apa yang mayb betul n patut kita ikuti. Apa yang aku nak share nie diperolehi melalui e-mail pejabat aku. mayb ada yang penah membaca tapi x salah kalu baca sekali lagi kan. percaya atau tidak, terpulang pada pendapat memasing.


Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!

Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Ini sebabnya:

Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).

Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.

Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.

Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.

Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
 
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.

Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.

Fikirkan:

Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Well, takat itu sahaja maklumat yang teman nak sampaikan berkenaan isu ini. Cuma teman nak tambah sedikit, elok jika kita elakkan menggunakan pewangi kereta, apatah lagi dalam keadaan tertutup dengan air-condition. Seorang rakan pernah memberitahu teman bagaimana dia selalu kena migrain, dan bila dia hentikan penggunaan pewangi kereta itu, pendedahan dia kepada migrain jauh berkurangan. Kalau nak wangikan kereta pun, pakai aje cara kampung - ambik daun pandan, pintal-pintalkan dan campak kat alas kaki. Sure bau kereta hilang, dan kita dapat pewangi asli lagi mesra-bio. kalau tak caya, cube try yop!!

Wallahua'lam & wassalam.
 
p/s: n3 nie full copy paste dari apa yang aku baca, just aku delete yang bahasa inggeris ngn cina jer.

Read more...

M.U.B. dari CM

MUB a.k.a Malas Update Blog. 
Istilah yang aku cekedot dari blog Cik Mot. sebenarnya penyakit nie memang dah lama ada dalam diri aku n melibat kan kemalasan dalam segala benda yang aku lalui hari2. aku tak tau la cam mana nak atasi masalah nie sebab sememangnya aku malas nak cari jalan untuk atasi. sedikit bebelit aku rasa ayat nie.
Aku kadang2 tertanya gak la cam mana semua blogger yang ada nie punyai banyak idea untuk buat n3. atau pun kebanyakanya ada jiwa (jiwa ker??) menulis kot. kekadang tu ada je idea nak aku menulis tapi kan isea tu selalu datang time aku x duduk depan lapy. bila jer aku mengadap lapy nie, terus jer idea2 aku tadi lari tah ke mana. pelik jer aku rasa. hahaha

Kekadang tu aku just menulis sekerap jer n3 n akhirnya jadi draf cam tu jer. bila dah lelama tu, delete jer la sebab dah malas nak update n3 tu. cam sekarang nie, untuk siapkan n3 nie bukan main aku dok fikir2, per yang aku nak tulis. rasa cam malas jer upkan n3 tapi kan lelama tak terupdate plak blog aku nie.  (update pun x sapa nak baca gak!!) 

Pepun selamat bekerja semer... salam

Read more...

ShoutMix chat widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP