Segala hak cipta adalah terpelihara. Powered by Blogger.

13 February 2011

Hari Ahad Yang Boring

Hari nie masuk kerja dengan keadaan yang membohsankan jer. mood nak kerja cam kurang la plak dengan masalah yang harus difikirkan nie. tambah2 terfikirkan sidia yang akan pergi meninggalkan aku. ceh, jiwang karat plak.

Pagi tadi, b4 bos pergi mesyuarat, ada kerja yang harus dilakukan oleh semer staf opis. kerjanya menanam pokok2 bunga ngn pinang yang sampai minggu lepas. tu pun nasib baik tak lama. dan la siap sebelum matahari terpacak atas kepala. kerja mengali nasib baik x payah. kat kawasan tanah gambut nie senang la plak nak korek. tu pun bukan aku yang dok mengorek. tolong ukur jarak jer pun.

Sekarang mata cam layu jer. nak tido cam sejuk la plak dalam opis nie. sejang air cond ditambah satu lagi dalam opis nie, hari2 la berjeket. tak tahan wei sejuk2. cam mana la nak g jalan2 kat tempat salji cam nie ex. (ke Jepun pun ok gak kan. bila ex nak g??)

So nak hilangkan kebohsanan n kelayuan mata nie, sempat la aku dok melayan game  Chuzzle Deluxe. leka jer dok main. dah berminggu pun dok melayan. dok lawan high score ngn staf2 sini. hahaha.



Tadi terpasan lak kat FB ada staf post pasal kemalangan ngeri kat depan Sek. Men. Hamzah II Machang. memang ngeri la. nanti2 aku post kat sini yer.

Read more...

12 February 2011

Short N3 Hari Minggu... where are you facebook??

Pagi nie nie aku try buka facebook aku tapi tetiba plak x leh nak masuk web dia. korang kat luar sana ada masalah tak ngn facebook pagi nie? nak kata tenet aku problem, ok jer web2 lain aku buka. browser firefox prob, ngn crome pun tak boleh bukak. ker fb dah tutup nie? hehehe


Btw kan, dengar citer Ally Iskandar dah bertunang kan. akhirnya. ingatkan nak membujang sapa tua,ngeh..ngeh..ngeh.. pe pun, semoga berkekalan hingga ke hari mereka bersatu n akhir hayat.... hari mereka bersatu??? cam pelik jer ayat nie...

Read more...

10 February 2011

Peristiwa Panas Tadi Siang

Salam malam semer...

Kisah yang aku nak cerita nie terjadi siang hari tadi. memang membuatkan muka aku bertukar merah dan tak senang duduk la sekjap kat opis tadi akibat kebenganggan... 

Tadi time aku sedap jer rehat2 kat kerusi aku, tetiba plak PPK panggil aku. aku cam biasa la, mesti dah tau per masalahnya kalu PPK nie panggil. sure pasal komputer punyer. nak kata aku nie pandai komputer, x la jugak. just sikit2 tu biasa la kan. 

Bila dah sampai kat meja PPK nie, terus dia tanya napa dia x boleh buka fail yang staff ganu hantar melalui email. so bila aku tengok fail tu, rupa2nya format yang dia dapat tu dalam open opis punyer format. so sure x boleh nak buka sebab komputer dia just guna microsoft office 2007 jer.

So malas nak pening pala, terus jer la save fail tu masuk pen drive n bawak g pc yang ada open opis nie. bukan lama pun nak convert file tu. dah siap tu terus la aku bawak g kat dia. dia tya napa x leh buka kat kom dia n aku pun terang jer la kan. lepas tu boleh lak dia telefon ker opis ganu cakap dengan si penghantar email tu. yang aku dengar dia cakap komputer dia x leh nak buka fail tu, so lain kali jgn antar format cam tu lagi. banyak  keje nak kene wat semata mata nak buka fail tu.

Bila dah PPK aku cakap cam tu, terus jer dia ajar cam mana nak buka fail tu. kene plak PPK aku tak faham, terus jer pas telefon tu ke aku. pe lagi, terus jer aku plak kene tadah telinga.. 

"napa plak tak boleh buka nyer. save jer la dulu fail tu kat deskstop. pastu kelik kanan, gi kat open with. boleh la buka"

Aku pun cakap la baik2, komputer nie x ada open opis. so fail .odt nie memang x leh buka la. elok jer aku cakap..

"napa plak x boleh. kat komputer saya nie boleh jer buka. g jer kat open with, pastu pilih la speadsheet. komputer tu pakai windows per? pastu ada menda kuar kat open with?"

Dalam hati nie jangan cakap la. nak jer aku sound bengong tapi sebabkan ko tu pangkat lebih dari aku, so tadah jer la telinga. kan kalu aku xplain ko tak faham pulak. dah tu suka2 jer nak marah2 aku. satu lagi aper kene ngena windows dengan MS opis atau open opis nie?

Last2 sebab dah panas sangat, terus jer aku cakap. "takper la, dah boleh bukak nie. terus aku pas telefon ker PPK. malas aku nak layan org yang bodoh sombong nie. tapi bila aku ingat2 balik, nak jer aku maki balik kat dia. hahaha

Read more...

Pagi-Pagi dah manapak Jauh-Jauh

Eh, betul ker ayat aku "menapak" tu ex?? lantak la.

Al kisahnya pagi tadi, semangat jer nak g keje ari nie. yer la kan, ari nie dah khamis. balik awal, esok lusa cuti plak. Time turun umah pagi tadi, baca msg dulu. kawan aku cakap headfon ngn beg cd aku tertinggal kat umah dia. so runner dulu g umah dia nam ambik barang nie.

Dah ambik barang aku, terus jer merempit nak g keje. otw tu, tertengok plak kat langit. cantik giler la matahari pagi nie. warna oren gitu. sempat la aku snap 2,3 pic matahari pagi nie.

 dari atas moto jer ambik nie


pic tel cikai..mana la cantik sgt kan

Sampai kat kedai, terus beli nasi minyak jap. kan nanti lapor plak aku x per nak makan.. Ok..nie baru kisah tajuk aku. dari kedai, terus jer aku sambung merempit g opis. tapi malang tak berbau, baru jer 500 meter aku gerak, moto aku tetiba tersedut sedut. sah sah minyak dah kering. aku terus tekan klush bagi moto tu jalan kedepan skit.

Bila moto dah stop tu aku terus la turun n slow2 tolak moto. dah la keadaan jalan yang jem. banyak la kenderaan2 yang baik hati tolong bunyikan hon mereka2 tu. cam haram kan. bukan nyer nak breti tolong tolak pun. takat bunyikan hon baik tak yah. ingat aku nie anak dara ker?

Nak tak nak terpaksa lah aku menolak moto dalam 500 meter lagi. nasib baik pam minyak tak jauh. kalu tak nayer wei. bila fikir2 balik, memang salah aku pun. biasa pepagi ran jer aku chek minyak dalam tangki nie. hari nie napa la yang cuai sangat. Lupa lak nak bagitau, mete moto aku nie dah lama pun arwah. so kene la bukak tangki tengok baki minyak. kesian kan kat aku..

p/s: ader saper2 nak hadiahkan moto bar ke aku tak?? hahahaha

Read more...

ShoutMix chat widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP