Segala hak cipta adalah terpelihara. Powered by Blogger.

15 March 2011

Mesti Baca - Pendingin Kereta (Air Cond)

Salam n selamat petang semua.

Petang2 cam nie apa kata kita share apa yang mayb betul n patut kita ikuti. Apa yang aku nak share nie diperolehi melalui e-mail pejabat aku. mayb ada yang penah membaca tapi x salah kalu baca sekali lagi kan. percaya atau tidak, terpulang pada pendapat memasing.


Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!

Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Ini sebabnya:

Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).

Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.

Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.

Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.

Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
 
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.

Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.

Fikirkan:

Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Well, takat itu sahaja maklumat yang teman nak sampaikan berkenaan isu ini. Cuma teman nak tambah sedikit, elok jika kita elakkan menggunakan pewangi kereta, apatah lagi dalam keadaan tertutup dengan air-condition. Seorang rakan pernah memberitahu teman bagaimana dia selalu kena migrain, dan bila dia hentikan penggunaan pewangi kereta itu, pendedahan dia kepada migrain jauh berkurangan. Kalau nak wangikan kereta pun, pakai aje cara kampung - ambik daun pandan, pintal-pintalkan dan campak kat alas kaki. Sure bau kereta hilang, dan kita dapat pewangi asli lagi mesra-bio. kalau tak caya, cube try yop!!

Wallahua'lam & wassalam.
 
p/s: n3 nie full copy paste dari apa yang aku baca, just aku delete yang bahasa inggeris ngn cina jer.

2 tapok kaki:

NM02 15 March 2011 at 13:25  

haah la yu. seeloknya, masa panaskan enjin kete setiap hari atau bila lama kita biarkan kete tu, seeloknya bukak pintu atau tingkat, biar udara yang teperap dalam tu kuar dan lepas tu pasang ekon dengan membiarkan tingkap atau pintu tu masih dalam keadaan terbuka. sebab ekon yang kita pasang terus tu pun tak elok sebenarnya.

CWM Safari 15 March 2011 at 13:32  

NM02: tu la kan. stegah orang tu main masuk kete jer terus ttp pintu, buka ekon. x adanya nak buka2 tingkap nie.


ShoutMix chat widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP